14 November 2011

oh Wanita

Wanita yang gagah, adalah :

♥ Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
♥ Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
♥ Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
♥ Wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

hehe sekadar ingin berkongsi dengan reader sekalian.. <3

13 November 2011

07 November 2011

c.u.t.i. s.e.m.e.s.t.e.r.

assalamualaikum kawan2~~
haiiii senangnya dalam hati, cuti sem dah bermula.. hahhaha (nyanyi kejap) -,-''
happy3 triple happy!
semester break dah pun mula.. new semester nanti sem 5 dah..
sekejap je masa berlalu kan kawan2??dah nak final year tak lama lagi..
i need to be more focus and more commitment in my study next sem nanti..
hhhmmm tak sabar rasanya nak habiskan degree dengan keputusn yang cemerlang.. :)
impian aku, aku ingin sambung pengajian in master level pulak.. hehehe
siapa yang tiada impian kan?? semua ada impian masing2..
jika diizinkan Allah aku akan sambung juga.. InsyaAllah!

back to the basis, hehe
dah cuti sem nie aku tak tahu nak buat apa..
buntu pula fikiran aku ni haaaa...
nak kerja?? hhhmmm kerja ape?? liat pulak tulang2 urat2 sendi aku nie haaa nak pergi kerja..
hahaha :DDD
kawan2 semua ada idea tak? apa activity yang aku boleh buat cuti2 nie??? hahaha kalau ada, comment2 anda dialu-alu kan.. hehehe
ok see u all next entry ok?? tata~~

31 October 2011

lega rasa

assalamualaikum kawan2.. hehe.. aku nak cerita sikit pasal hari ni..
bukan apa, hari ni sebenarnya aku dah start final exam..
tadi paper system and connectivity..start pukul 9 pagi until pukul 11.15 pagi...
nak dijadikan cerita, sebenarnya aku boleh jawab exam tadi weeeeeeeeeeeeee~~~
hehe lega rasa 1 paper dah lepas, even 1 paper, lepas sikit kan kawan2??
esok xde paper.. next paper hari rabu, paper agama..
huhu~~ errmmm satu lagi aku nak bagitahu, schedule exam kena ubah~~
sebelum ni last paper hari khamis, iaitu paper database and account..
schedule berubah sebab ada student yang repeat paper,
exam dorang clash dengan paper database..
so, kena ubah.. last paper aku hari jumaat.. paper account pukul 2.30 until 5.30..
aku balik kuantan maybe hari jumaat malam atau hari sabtu..
ntah laaa tiket pun tak beli lagi nie..
elaun MARA tak masuk lagi..hehe.. tunggu duit ada dulu baru p beli tiket..
hhmmm berharap sangat next paper yang lain aku dapat jawab macam tadi..
hanya doa dan tawakal..
:)






30 October 2011

mari belajar.. hehe

✿~ Belajarlah MEMAAFKAN kalau ingin dimaafkan..
✿~ Belajarlah MENGHORMATI kalau ingin dihormati..
✿~ Belajarlah MEMAHAMI kalau ingin difahami..
✿~ Belajarlah MENYAYANGI kalau ingin disayangi..
✿~ Belajarlah MENGHARGAI kalau ingin dihargai..
... ✿~ Belajarlah MENYENANGI kalau ingin disenangi..

>>>Memaafkan tidaklah SERUMIT yang kita bayangkan, tidaklah pula SESULIT yang kita fikirkan, serta tidaklah pula SEPAHIT yang kita rasakan...memaafkan itu di mana kamu memberikan sedikit RUANG KEBAIKAN di hatimu untuknya..(✿◠‿◠)

LeLaKi SoLeH iDaMaN WaNiTa SoLeH


‎(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´..dua bilah kayu disatukan dengan paku..dua ketul bata disatukan dengan simen..dua hati disatukan dengan apa?

>>>Jawabnya, dengan IMAN..

Dua HATI yang BERIMAN akan mudah disatukan..(。◕‿◕。)

Jika dua hati MENGINGATI yang SATU, pasti mudah keduanya BERSATU.”
(Ust. Pahrol Mohd. Juoi)

27 October 2011

f.i.n.a.l. e.x.a.m

assalamualaikum semua... sihat tak? hari ni cuma nak coretkan sikit, sebab dah lama tak menjenguk blog nie.. rasa rindu nak meng update.. hehe.. :)
sekarang nie aku dah second year punyer student.. dah nak masuk final year dah.. tak lama lagi..
final exam semakin hampir.. aku start exam 31hb 10 nanti.. ada 4 paper semuanya..
31hb paper system, 2hb 11 nanti paper agama, and last skali 3hb 11 paper account and database..
pembaca2 semua doakan aku and kawan2 yang akan menduduki final exam tau..
doakan kami dapat menjawab soalan2 dengan mudah..
ok lah nanti ada masa aku update lagi k..
sekarang nak sambung study..
tata~~ ;)

06 October 2011

rAgAm MaNuSiA



Assalamualaikum..
hye! apa kabar para pembaca? dah berhabuk blog aku ni..hehe
agak lama aku mnyepi, bukan apa, terlalu banyak urusan yang perlu dilakukan...
hhmm kali ini aku teringin nak bercakap mengenai RAGAM MANUSIA...
manusia dilahirkan dengan pelbagai ragam kan??
hhmm dah namanya kehidupan, kalau tiada ragam, tiadalah kehidupan, betul tak??
dalam seminggu dua nie aku memang sibuk dengan system..
aku perlu siapkan website, assignment individu..
hhmm manusia~
aku bukan apa, apabila ada kawan kita susah, kita harus saling bantu membantu lah..
aku bukan nak kata sapa2, tapi kalau ada yang terasa tu, maaf la ye..
ragam manusia yang first nie, apabila dia susah kita dengan sungguh2 nya membantu,
tapi bila dia sudah selangkah kehadapan, dia terus tinggalkan kawan yang banyak membantu
dia sebelum ni tanpa menoleh kebelakang lagi..tiada isu MENGUNGKIT YE DISINI!
dan apabila kita meminta pertolongan pada si dia, haaaa macam2 laa alasan yang keluar..
ragam manusia yang kedua ni pulak, menjanjikan sesuatu yang belum pasti dia nak
laksanakan atau tak..
yang kita nie bengong meletakkan harapan, yang dia akan laksanakan apa yang
dia dah janjikan..
inilah nak aku katakan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya..
lain yang kita harapkan, lain pula yang jadi.. huhhh!!!
hhmm kepada para pembaca, satu saja yang aku nak pesan, kita telah diciptakan oleh Allah S.W.T sebaik baik kejadian.. setiap manusia ada kekurangan dan ada kelebihan masing2..
dan manusia ni tak selalunya berada di atas, kadang2 kita akan berada dibawah seperti roda yang berpusing..
dan ingatlah setiap perbuatan akan ada pembalasannya, hanya Allah Maha Mengetahui..
Subbahanallah!




22 September 2011

derma darah

Assalamualaikum kawan-kawan~! hehe..
coretan aku kali ini nak bercerita sedikit pasal derma darah..
Pusat Darah Negara ada membuat kempen menderma darah di kolej aku....
kempen ni bermula pada 21/9/2011 hingga 22/9/2011..
Pada mulanya aku merasa waswas untuk menderma sebab aku belum pernah menderma lagi..
Lagipun kelas masa 21/9/2011 full.. so, aku tiada kesempatan untuk menderma..
Tapi, hari ini aku dan semua housemate aku menderma darah, 22/9/2011..
Buat pertama kalinya dalam hidup aku,aku menderma darah pada tarikh 22/9/2011 jam 10 pagi..
Mula-mula kita perlu mendaftar untuk menderma..
selepas aku isi borang, aku duduk menunggu giliran untuk diperiksa kesihatan..
timbang berat badan, dan dia check jenis darah aku..
aku berdarah B..
Setelah check aku pergi ke meja sebelah untuk mengesahkan pendaftaran aku, dan aku dapat sampul beg darah..
Aku pergi ke tempat (ramai2 org baring utk derma) ...
Nurse datang ke arah aku dan bersedia utk ambil darah..
Dia sapu bius, dan suntik lengan kanan aku..
hampir 30 minit aku baring nak tunggu sampul darah tersebut penuh..
Pada jam 10.45 aku selesai menderma dan aku diberi air, makanan dan cenderahati..
jam 11.30 pg aku bergerak pulang ke rumah, masa tu aku dah rasa terhuyung-hayang..
aku terasa pening sangat.. kawan aku dah muntah2..
kiteorang dah tak larat nak jalan..
sampai saja rumah terus melepek baring kat ruang tamu..
sekarang jam menunjukkan pukul 7 mlm.. kami dah okey.. heeeee~ :)
Bila menderma darah ni, aku dapat rasakan satu perasaan yang aneh saat darah aku mengalir masuk ke sampul darah..
satu perasaan yang aku tak tahu nak ceritakan bagaimana..
so~ kamu2 semua, marilah kita menderma darah, ia dapat membantu orang lain yang memerlukan.. :)
hehe ok lah.. sampai sini saja yang dapat aku coretkan..
ada masa terluang aku akan coretkan lagi k~!
Salam.. ;)



20 September 2011

sayang kamu rindu kamu

sayang.
setiap degupan jantung aku hanya teringat akan dirimu..
setiap hembusan nafasku hanya teringat akan dirimu..
setiap langkah kaki ku hanya teringat akan dirimu..

sayang.
setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun yang aku lalui,
tidak lepas dari mengingati dirimu seorang..

begitu sengsara hati ini ku rasakan tika berjauhan dari dirimu..
duniaku begitu gelap tanpa arah tujuan..

yang ku rasa hanyalah kehangatan tubuhmu..
yang sentiasa mengisi ruang kekosongan hatiku saat kamu berjauhan dariku..

sayang..
aku hanya ingin kau tahu bahawa aku akan sentiasa
MENYAYANGI DAN MERINDUI DIRIMU SEORANG..... <3

19 September 2011

KaSiH SaYaNg mEnGiKuT BuLaN LaHiR

BERGANTUNG PADA INDIVIDU ITU SENDIRI.. KADANG2 RAMALAN INI PUN TIDAK BOLEH DIPERCAYAI SANGAT.. WINKK~ SELAMAT MEMBACA ! :)

Januari
 - Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu   terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Februari
 - Sukar untuk jatuh cinta .
 - Amat hormat kepada pasangan.
 - Amat suka memikat pasangan.
 - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
 - Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
 - Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
 - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
 - Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

 Mac
 - Mudah menawan hati pasangannya.
 - Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
 - Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
 - Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
 - Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
 - Perasaan cemburu yang minima.
 - Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
 - Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
 - Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

 April
 - Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

 Mei
 - Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

 Jun
 - Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

 Julai
 - Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

 Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

 September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

 Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

 November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

 Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

08 September 2011

pErPiSaHaN iNi

i dedicate dis song t0 someone very imp0rtant in my life. A FRIEND..................

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Ooo.....
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi

Dirimu pergi biar ku sendiri
Ooo...................

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu....

..

:(

01 June 2011

accident

Bangun saja dari tidur aq mendapat msg dari kawan aku, abang dia accident..
aku terkejut dan tergamam tak tahu nak cakap ape, (aku ni jenis gabra bab2 accident ni) ..
aku faham akan perasaan dia, takut akan keadaan abangnya..
aku doakan semoga abang kau dalam keadaan baik2 dan semoga Allah melindunginya.. Dan aku doakan semoga abang kau cepat sembuh dari segala sakit yang dia alami..
Be strong Aini ! i know that u can face all of this..

11 May 2011

RINDU

salam semua... :')
apa khabar?? harap para pembaca sihat2 selalu..
ada perkara yang membuatkan hati aq tergerak nak menaip..
perkara yang meruntun hati aq tika ini..
aq sedar patutnya aq tak perlu lagi mengingati akan perkara ini..
tapi bagaiman Ya Allah??
aq tak mampu.. hati aku sakit, pedih, sesak nafas sahaja bila hal ini singgah di benakku..
ni disebabkan drama tv9, Nikita ngn drama tv3 Nora Elena..
drama2 nie mengingatkan aq pada si dia..
mengingatkan aq pada cinta pertama aq..
Ya Allah...
hati aq pedih bila teringatkan dia, susah untuk aq lupakan dia..
dia yang telah bertahkta di hati aq hampir 8 tahun, namun hanya 2 tahun yang indah.. :')
aq berusaha lupakan dia, namun aq x mampu, hinggakan tiada lagi lelaki yang mampu memiliki hati aq..
inilah penangan CINTA PERTAMA agaknya..
hhhmmm maaf aq pohon pada pembaca2 kerana post aq kali ini agak emosi..
tapi itu lah yang aku hadapi tika ini..
:'(

28 April 2011

cuti semester

weeee~ assalammualaikum...
hai kawan2 semua.. lamanya x update blog ni kan???
busy sikit sejak masuk second years ni..
assignment berlambak2, tak menang tangan.. *_*
sekarang ni pun dah nak abis sem 3.. cuti semester aq tak lama dah..
2hb 5 nie aq balik kuantan..
jumpa keluarga yang dah lama tak jumpa..
aq RINDU gler2 kat mereka..
tapi malang nya cuti aq cuma sebulan saja kali ni..
sebab 6/6/2011 aq dengan bangganya akan melapor diri di kem rejimen 515..
aha~ aq masuk wataniah looorrr~
saja ingin merasa berbakti kepada negara.. haha!! :D
kem tu akan tamat pd 7/7/2011..
so, sebulan aq kat dalam kem 2 nanti..
12/7/2011 aq dh register untuk semester 4 pula..
memang tak puas la cuti kali ni.. hhmmm nak buat cam mana kan..
dah nasib~ huu
ok laa nanti kalau ada masa terluang, aq update lagi ok??
see yaaa :D

24 February 2011

TERBAEKKKK!!!

yeahhh Assalamualaikum kawan-kawan..
kamu semua sihat tak?? lama tak bw ni kan2..
busy sangat2 sekarang ni.. terlalu banyak assignment yang perlu disiapkan...
and for ur information, waktu sekarang pukul 5 pg..
saya tak tidur kerana nak menyiapkan semua tugasan..
esok kelas pukul 8 pg.. memang best~
:| huhhh!!!
schedule memang padat esok.. start kelas pukul 8 pg and habis pukul 5 ptg..
memang TERBAEKKK laaaa...
ok laaa.. kamu semua doakan yang terbaik utk saya okeyyy??
nak sambung buat kerja lagi ni..
tata~ :|

12 February 2011

hAhA!

Assalamualaikum..
dah lama tak update blog ni kan u all..yang ini baru first entry for this month..
errmm agak bz lorrr.. nak buat macam mana..huhu
macam2 nak cerita ni.. hAhA!
first2 sekali, aku nak cerita pasal post sebelum ni..
semuanya sudah kembali pada asalnya..
aku semakin happy tinggal kat rumah sewa tu.. :)
macam dulu2~ hAhA!
ermmm okey, dah habis.. tutup cerita tu..
sekarang nak cerita pasal tarikh ini.. 11/02/2011...
hAhA! masa tu pukul 5.30 ptg.. aku dah ready nak gerak ke Bangi.. rumah my aunt..
tapi Fatin, Ijan, Ema n Dini plan nak BANG!!! bevday girl (NESSA) petang ni jugak..
so takkan aku nak lepaskan peluang ni kan.. hrruummmm~
aku pun join laaaa activity tu..
hAhA! kami bancuh tepung dengan air.. kami buat macam tu sebab utk mengelakkan tepung yang kering berterbangan dalam rumah.. aha~
hehe lepas dah sapu kt muka bevday girl, kami yang mengenakan dia pun menjadi mangsa..
aku yang dah pakai baju proper ni lintang pukang lari.. (nyorok dlm bilik air)...
hAhA! lebih baik aku menyelamatkan diri sebelum menjadi mangsa..
activity tu selesai pukul 6.00 ptg..
aku pun gerak laa ke Bangi melawat my aunt..
sampai Bangi pukul 7.30 mlm dengan selamatnya.. :)
tapi my housemate mesti meraikan bevday girl with cake~
but i cannot join u all... because i already at Bangi now..
sory Nessa, aku tak dapat nak sambut bevday kau ramai2 dengan dorg..
semoga kau sihat2 selalu, dirahmati Allah n success dalam hidup..amin~
:)







20 January 2011

Silent ^_^

eerrmm for this sem i most like to silent..
i dont know why.. maybe the environment in my house or in my class is no longer comfortable
for me.. i felt like i'm a stranger in my house.. :'(
my fren noticed that i've changed lately..
but, i dont want to tell her..
let it all stored in my heart..
hhmmm.. what ever it is i still LOVE all my fren..
they are my frens..
i appeal u all, dont put me in isolation..
i'm is ur fren..
if i've do mistake, let me know..
i apologize to u all..
but dont do this to me..

:'(


10 January 2011

9 January 2011

errmmm post aku kali ni berkenaan dengan tarikh ni.. huuuuu..
nie bukan tarikh aku nikah ke aku bertunang ke apa tau~
tarikh ni cukup bererti buat aku..
9 January 2011 bersamaan hari Ahad.. Masa ni first time aku jejakkan kaki ke Perpustakaan Negara yg terletak di KL..
Sakinah adik sepupu aku yang teringin ke sana, so aku pon ikutlaa.. tak kan nak tinggal sorg2 plak kt bangi.. huhu..
so yang pergi ke sana aku, kakna (kakak sepupu), sakinah (adik sepupu), n kawan sakinah..
hehe nk tergelak je rasa bila teringtkan kejadian yang berlaku antara kami di sana..
ye laa mana tak nya, mula2 pergi bangunan lama library tu untuk register jadi ahli then orang kat kaunter pertanyaan cakap kalau nak buat reference, buku2 banyak kat bangunan baru library tu..
so kami ambil keputusan ke sana..
kami pergi ke level 6, then sampai ke sana abang guard tu cakap beg tak boleh bawa masuk.. takpelaa yang tu boleh considered lagi.. tapi yang hampeh nya buku personal hanya boleh bawa masuk limit sebuah buku je.. ngok ngek btol.. fikir punya fikir kitaorg decide nak pergi semula ke bangunan lama library tu..
kat bangunan lama ni tak banyak buku, just buku2 international saja yang ada..
dah sampai kat pak guard kena check beg plakkkkk~
pak guard cakap beg tak boleh bawa masuk melainkan dlm beg tu ada laptop..
gula2, gunting semua dorg pegang.. huhhh!
lebih kurang pukul 12.30 baru dapat duduk dalam library tu..
tong teng tong teng dah pukul 1.30..kawan sakinah dah lapar..
so kteorg keluar pergi makan.. selera hilang sbb kehulu ke hilir, akhirnyar makan kuih2 je tgh hari tu..
then pergi solat zohor kat surau library tu.. for the first time kakna imamkan solat aku..
aku rasa something different lepas solat..
cukup bahagia, tenang, damai saja rasa.. rasanya tak sama bila kita solat bersendirian.. :)
lps solat zohor, kami ke library semula..
tong teng tong teng.. dah pukul 4.55 ptg.. aku n kakna ke surau utk solat asar pula..
kali ni kakna nak aku yg imamkan..dia cakap practise.. aku tahu, aku selalu gak imamkan adk2 aku solat, tapi jarang, n boleh katakan tak pernah ada ahli keluarga aku yang imamkn solat aku.. bila kakna nak imamkan solat, aku rasa cukup bahagia.. sbb tu aku nak dia yang imamkan.. :')
thanks kakna.. :')
kami ke metro kajang, sbb aku nak bayar maxis broadband.. then lps tu ke PKNS Bangi..
ada barang yang Sakinah nak beli.. lps 2 kami ke KFC pula nak makan...
dah lapar yang teramat sgt time tu.. hehe
tong teng tong teng pukul 7.30 mlm kami keluar dr KFC n hantar kawan Sakinah.. then terus ke surau yg berdekatan utk solat maghrib..
utk kali yg ketiga kakna imamkan solat aq.. :')
thanks sekali lg kakna..
dlm pukul 8.30 mlm kami sampai ke rumah dgn selamatnya..
Alhamdulillah..
:')


07 January 2011

Indahnya Wanita

Post kali ini berkenaan wanita..hehe bkn apa, aku sedang menonton rancangan televisyen mengenai wanita yang bertajuk "Kecantikan Wanita"...
So, aku terfikir ingin post mengenai perkara itu..
Tapi isi kandungan post ini bukanlah sepenuhnya dari rancangan tersebut.. hehe :)

Post aku ini mengenai bagaimana cara seorang wanita itu ingin kelihatan cantik & menarik.. :)

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

:)