22 September 2011

derma darah

Assalamualaikum kawan-kawan~! hehe..
coretan aku kali ini nak bercerita sedikit pasal derma darah..
Pusat Darah Negara ada membuat kempen menderma darah di kolej aku....
kempen ni bermula pada 21/9/2011 hingga 22/9/2011..
Pada mulanya aku merasa waswas untuk menderma sebab aku belum pernah menderma lagi..
Lagipun kelas masa 21/9/2011 full.. so, aku tiada kesempatan untuk menderma..
Tapi, hari ini aku dan semua housemate aku menderma darah, 22/9/2011..
Buat pertama kalinya dalam hidup aku,aku menderma darah pada tarikh 22/9/2011 jam 10 pagi..
Mula-mula kita perlu mendaftar untuk menderma..
selepas aku isi borang, aku duduk menunggu giliran untuk diperiksa kesihatan..
timbang berat badan, dan dia check jenis darah aku..
aku berdarah B..
Setelah check aku pergi ke meja sebelah untuk mengesahkan pendaftaran aku, dan aku dapat sampul beg darah..
Aku pergi ke tempat (ramai2 org baring utk derma) ...
Nurse datang ke arah aku dan bersedia utk ambil darah..
Dia sapu bius, dan suntik lengan kanan aku..
hampir 30 minit aku baring nak tunggu sampul darah tersebut penuh..
Pada jam 10.45 aku selesai menderma dan aku diberi air, makanan dan cenderahati..
jam 11.30 pg aku bergerak pulang ke rumah, masa tu aku dah rasa terhuyung-hayang..
aku terasa pening sangat.. kawan aku dah muntah2..
kiteorang dah tak larat nak jalan..
sampai saja rumah terus melepek baring kat ruang tamu..
sekarang jam menunjukkan pukul 7 mlm.. kami dah okey.. heeeee~ :)
Bila menderma darah ni, aku dapat rasakan satu perasaan yang aneh saat darah aku mengalir masuk ke sampul darah..
satu perasaan yang aku tak tahu nak ceritakan bagaimana..
so~ kamu2 semua, marilah kita menderma darah, ia dapat membantu orang lain yang memerlukan.. :)
hehe ok lah.. sampai sini saja yang dapat aku coretkan..
ada masa terluang aku akan coretkan lagi k~!
Salam.. ;)



No comments:

Post a Comment