03 February 2012

BiCaRa HaTi si diA bUaT Ku

aku ingin kau tahu cinta aku satu..
tercipta hanya untuk kamu sayang...
ku mencintai dirimu setulus hatiku..
ingin ku bersabar kerana berjauhan namun ku tak berdaya..
keinginan ku untuk bersama mu semakin memaksa aku untuk bertemu mu cintaku..
sedalam lautan cintaku padamu..
aku ingin kau tahu cinta aku satu..
tercipta buat dirimu..
HANYA UNTUK KAMU <3



setiap saat ku mohon untuk dikurnia insan yang betul-betul menyanyangi diriku..
tidak ku duga Dia mengurniakan kamu untuk aku..
tiada apa lagi yang ku mahukan hanya DIRIMU, CINTAMU, KASIH SAYANGMU, SEMANGATMU..
ku tidak akan sia-sia kan kedatangan mu dalam hidupku..
akan ku bahagiakan dirimu sepertimana kamu bahagiakan aku...

14 November 2011

oh Wanita

Wanita yang gagah, adalah :

♥ Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
♥ Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
♥ Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
♥ Wanita yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

hehe sekadar ingin berkongsi dengan reader sekalian.. <3

13 November 2011

07 November 2011

c.u.t.i. s.e.m.e.s.t.e.r.

assalamualaikum kawan2~~
haiiii senangnya dalam hati, cuti sem dah bermula.. hahhaha (nyanyi kejap) -,-''
happy3 triple happy!
semester break dah pun mula.. new semester nanti sem 5 dah..
sekejap je masa berlalu kan kawan2??dah nak final year tak lama lagi..
i need to be more focus and more commitment in my study next sem nanti..
hhhmmm tak sabar rasanya nak habiskan degree dengan keputusn yang cemerlang.. :)
impian aku, aku ingin sambung pengajian in master level pulak.. hehehe
siapa yang tiada impian kan?? semua ada impian masing2..
jika diizinkan Allah aku akan sambung juga.. InsyaAllah!

back to the basis, hehe
dah cuti sem nie aku tak tahu nak buat apa..
buntu pula fikiran aku ni haaaa...
nak kerja?? hhhmmm kerja ape?? liat pulak tulang2 urat2 sendi aku nie haaa nak pergi kerja..
hahaha :DDD
kawan2 semua ada idea tak? apa activity yang aku boleh buat cuti2 nie??? hahaha kalau ada, comment2 anda dialu-alu kan.. hehehe
ok see u all next entry ok?? tata~~

31 October 2011

lega rasa

assalamualaikum kawan2.. hehe.. aku nak cerita sikit pasal hari ni..
bukan apa, hari ni sebenarnya aku dah start final exam..
tadi paper system and connectivity..start pukul 9 pagi until pukul 11.15 pagi...
nak dijadikan cerita, sebenarnya aku boleh jawab exam tadi weeeeeeeeeeeeee~~~
hehe lega rasa 1 paper dah lepas, even 1 paper, lepas sikit kan kawan2??
esok xde paper.. next paper hari rabu, paper agama..
huhu~~ errmmm satu lagi aku nak bagitahu, schedule exam kena ubah~~
sebelum ni last paper hari khamis, iaitu paper database and account..
schedule berubah sebab ada student yang repeat paper,
exam dorang clash dengan paper database..
so, kena ubah.. last paper aku hari jumaat.. paper account pukul 2.30 until 5.30..
aku balik kuantan maybe hari jumaat malam atau hari sabtu..
ntah laaa tiket pun tak beli lagi nie..
elaun MARA tak masuk lagi..hehe.. tunggu duit ada dulu baru p beli tiket..
hhmmm berharap sangat next paper yang lain aku dapat jawab macam tadi..
hanya doa dan tawakal..
:)






30 October 2011

mari belajar.. hehe

✿~ Belajarlah MEMAAFKAN kalau ingin dimaafkan..
✿~ Belajarlah MENGHORMATI kalau ingin dihormati..
✿~ Belajarlah MEMAHAMI kalau ingin difahami..
✿~ Belajarlah MENYAYANGI kalau ingin disayangi..
✿~ Belajarlah MENGHARGAI kalau ingin dihargai..
... ✿~ Belajarlah MENYENANGI kalau ingin disenangi..

>>>Memaafkan tidaklah SERUMIT yang kita bayangkan, tidaklah pula SESULIT yang kita fikirkan, serta tidaklah pula SEPAHIT yang kita rasakan...memaafkan itu di mana kamu memberikan sedikit RUANG KEBAIKAN di hatimu untuknya..(✿◠‿◠)

LeLaKi SoLeH iDaMaN WaNiTa SoLeH


‎(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´..dua bilah kayu disatukan dengan paku..dua ketul bata disatukan dengan simen..dua hati disatukan dengan apa?

>>>Jawabnya, dengan IMAN..

Dua HATI yang BERIMAN akan mudah disatukan..(。◕‿◕。)

Jika dua hati MENGINGATI yang SATU, pasti mudah keduanya BERSATU.”
(Ust. Pahrol Mohd. Juoi)

27 October 2011

f.i.n.a.l. e.x.a.m

assalamualaikum semua... sihat tak? hari ni cuma nak coretkan sikit, sebab dah lama tak menjenguk blog nie.. rasa rindu nak meng update.. hehe.. :)
sekarang nie aku dah second year punyer student.. dah nak masuk final year dah.. tak lama lagi..
final exam semakin hampir.. aku start exam 31hb 10 nanti.. ada 4 paper semuanya..
31hb paper system, 2hb 11 nanti paper agama, and last skali 3hb 11 paper account and database..
pembaca2 semua doakan aku and kawan2 yang akan menduduki final exam tau..
doakan kami dapat menjawab soalan2 dengan mudah..
ok lah nanti ada masa aku update lagi k..
sekarang nak sambung study..
tata~~ ;)

06 October 2011

rAgAm MaNuSiA



Assalamualaikum..
hye! apa kabar para pembaca? dah berhabuk blog aku ni..hehe
agak lama aku mnyepi, bukan apa, terlalu banyak urusan yang perlu dilakukan...
hhmm kali ini aku teringin nak bercakap mengenai RAGAM MANUSIA...
manusia dilahirkan dengan pelbagai ragam kan??
hhmm dah namanya kehidupan, kalau tiada ragam, tiadalah kehidupan, betul tak??
dalam seminggu dua nie aku memang sibuk dengan system..
aku perlu siapkan website, assignment individu..
hhmm manusia~
aku bukan apa, apabila ada kawan kita susah, kita harus saling bantu membantu lah..
aku bukan nak kata sapa2, tapi kalau ada yang terasa tu, maaf la ye..
ragam manusia yang first nie, apabila dia susah kita dengan sungguh2 nya membantu,
tapi bila dia sudah selangkah kehadapan, dia terus tinggalkan kawan yang banyak membantu
dia sebelum ni tanpa menoleh kebelakang lagi..tiada isu MENGUNGKIT YE DISINI!
dan apabila kita meminta pertolongan pada si dia, haaaa macam2 laa alasan yang keluar..
ragam manusia yang kedua ni pulak, menjanjikan sesuatu yang belum pasti dia nak
laksanakan atau tak..
yang kita nie bengong meletakkan harapan, yang dia akan laksanakan apa yang
dia dah janjikan..
inilah nak aku katakan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya..
lain yang kita harapkan, lain pula yang jadi.. huhhh!!!
hhmm kepada para pembaca, satu saja yang aku nak pesan, kita telah diciptakan oleh Allah S.W.T sebaik baik kejadian.. setiap manusia ada kekurangan dan ada kelebihan masing2..
dan manusia ni tak selalunya berada di atas, kadang2 kita akan berada dibawah seperti roda yang berpusing..
dan ingatlah setiap perbuatan akan ada pembalasannya, hanya Allah Maha Mengetahui..
Subbahanallah!




22 September 2011

derma darah

Assalamualaikum kawan-kawan~! hehe..
coretan aku kali ini nak bercerita sedikit pasal derma darah..
Pusat Darah Negara ada membuat kempen menderma darah di kolej aku....
kempen ni bermula pada 21/9/2011 hingga 22/9/2011..
Pada mulanya aku merasa waswas untuk menderma sebab aku belum pernah menderma lagi..
Lagipun kelas masa 21/9/2011 full.. so, aku tiada kesempatan untuk menderma..
Tapi, hari ini aku dan semua housemate aku menderma darah, 22/9/2011..
Buat pertama kalinya dalam hidup aku,aku menderma darah pada tarikh 22/9/2011 jam 10 pagi..
Mula-mula kita perlu mendaftar untuk menderma..
selepas aku isi borang, aku duduk menunggu giliran untuk diperiksa kesihatan..
timbang berat badan, dan dia check jenis darah aku..
aku berdarah B..
Setelah check aku pergi ke meja sebelah untuk mengesahkan pendaftaran aku, dan aku dapat sampul beg darah..
Aku pergi ke tempat (ramai2 org baring utk derma) ...
Nurse datang ke arah aku dan bersedia utk ambil darah..
Dia sapu bius, dan suntik lengan kanan aku..
hampir 30 minit aku baring nak tunggu sampul darah tersebut penuh..
Pada jam 10.45 aku selesai menderma dan aku diberi air, makanan dan cenderahati..
jam 11.30 pg aku bergerak pulang ke rumah, masa tu aku dah rasa terhuyung-hayang..
aku terasa pening sangat.. kawan aku dah muntah2..
kiteorang dah tak larat nak jalan..
sampai saja rumah terus melepek baring kat ruang tamu..
sekarang jam menunjukkan pukul 7 mlm.. kami dah okey.. heeeee~ :)
Bila menderma darah ni, aku dapat rasakan satu perasaan yang aneh saat darah aku mengalir masuk ke sampul darah..
satu perasaan yang aku tak tahu nak ceritakan bagaimana..
so~ kamu2 semua, marilah kita menderma darah, ia dapat membantu orang lain yang memerlukan.. :)
hehe ok lah.. sampai sini saja yang dapat aku coretkan..
ada masa terluang aku akan coretkan lagi k~!
Salam.. ;)